Zoo Kemaman Terus Dikunjungi

>> Tuesday, May 5, 2009

Setiap hari Mini Zoo Kemaman terus menerima ramai pelawat dari dalam dan luar daerah Kemaman. Hari minggu terutama Jumaat dan sabtu, paling ramai pengunjung mengambil peluang untuk bersama-sama keluarga mengunjungi Mini Zoo Kemaman.

Mesikupun Mini Zoo Kemaman masih banyak kekurangan namun banyak tarikan yang menjadikan Mini Zoo Kemaman sebagai pilihan beriadah atau berekreasi bersama keluarga.

Tidak keterlaluan, Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman mampu menarik lebih ramai pelancong jika usaha mempromosikan produk pelancongan terbaru ini diperluaskan ke seluruh negara.

Kempan atau promosi perlu diperhebatkan, terutamanya kepada pelajar sekolah di seluruh negeri Terengganu. Selain menarik pengunjung, Mini Zoo Kemaman juga boleh menjadi tempat kajian tanaman herba, pusat pecinta alam semulajadi, kempen mencitai alam sekitar, atau kempen mencintai kebersihan.

0 comments: