Mini Zoo Kemaman Atau Zoo Mini Kemaman?

>> Thursday, April 16, 2009

Apabila aku melihat billboard berhampiran Majlis Perbandaran Kemaman, secara tiba-tiba benak aku segera berputar memikirkan nama yang diberikan kepada sebuah procuk pelancongan terbaru di Terengganu,iaitu Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.

Kalau mengikut ilmu nahu Bahasa Melayu, sepatutnya Zoo Mini Kemaman, dan bukannya Mini Zoo Kemaman. Begitu juga dengan nama Stadium Mini Mak Chili, adakah nama yang diwartakan sebagai Mini Stadium Mak Chili.

Kalau Mini Zoo Kemaman, ianya lebih kepada Bahasa Inggeris, iaitu Mini Zoo. Kalau dalam Bahasa Melayu,ianya lebih tepat "Zoo Mini Kemaman'.

Kadang-kadang, ada orang kata, apa apa pada nama. Betul,cuba ambil contoh yang mudah di Chukai. Kedai Kopi Hai Peng atau Hai Peng Kedai Kopi.

Tepuk dada, tanya selera.

Aku gembira kerana Zoo Mini Kemaman bakal menjadi Zoo Negeri Terengganu dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Semoga daerah Kemaman menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negeri, dan penduduk Kemaman akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mempromosikan produk yang ada di daerah Kemaman.

0 comments: