Jambatan Gantung

>> Saturday, May 2, 2009

Dalam lawatan pertama ke Mini Zoo Kemaman, penulis yang menjelajah dari satu taman ke satu taman, penulis terpegun dan kagum dengan keistimewaan Mini Zoo Kemaman, iaitu Jambatan Gantung.

Penulis dapati ramai pengunjung begitu teruja untuk meniti dan melalui jambatan gantung. Penulis sendiri tidak melepaskan peluang yang amat jarang dialami. Penulis memang gayat dengan tempat tinggi, apatah lagi jambatan gantung yang bergoyang dan bergegar apabila melaluinya.

Jika berkunjung ke Zoo Mini Kemaman, jangan lupa untuk mengalami sendiri meniti jambatan gantung. Pengunjung tidak perlu takut atau bimbang, jambatan gantung dibuat dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, dan buatan yang dijamin keselesaannya.
Dari atas jambatan gantung, kita dapat melihat suasana rimba dari atas, hampir dengan puncak pokok-pokok. Suatu pemandangan yang menakjubkan.
JAMBATAN GANTUNG...pengalaman menarik

0 comments: