Produk Pelancongan Terbaru

>> Tuesday, April 14, 2009

Pembukaan Mini Zoo Kemaman yang diwar-warkan akan dibuka pada orangramai telah tersiar dalam beberapa penerbitan,antaranya Bernama.

Terengganu bakal mempunyai produk pelancongan terbaru dengan pembinaan sebuah zoo mini di Bukit Takal di sini berhampiran Sungai Yak Yah yang terkenal sebagai kawasan habitat kelip-kelip.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kemaman Mustofa Abd Rahman berkata Majlis Perbandaran Kemaman akan bekerjasama dan mendapatkan bantuan kepakaran daripada pengurusan Zoo Melaka untuk mewujudkan zoo mini itu secara berperingkat di kawasan seluas 20 hektar selewat-lewatnya akhir tahun ini.

"Peruntukan bagi pembinaan Mini Zoo Bukit Takal ialah RM3 juta dan kami jangka ia dapat dibuka secara berperingkat tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Penerangan Pelancongan, Geliga di sini hari ini.

Beliau berkata fasa pertama Mini Zoo Bukit Takal yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Kemaman itu akan dibuka di kawasan seluas 14 hektar.

Mustofa berkata pelbagai haiwan akan ditempatkan di zoo mini itu termasuk harimau, landak, beruang serta 100 ekor burung daripada pelbagai spesis.

"Pengunjung zoo mini ini juga berpeluang melihat keindahan air terjun buatan yang dibina dengan kos RM1 juta selain dapat melalui jambatan gantung, melihat pokok buahan-buahan seperti manggis, petai, serta jering yang hidup semulajadi di kawasan itu serta Taman Orkid," katanya.

Credit articles:Bernama

0 comments: