Kunjungan Pertama ke Zoo Mini Kemaman

>> Thursday, April 23, 2009

Seminggu selepas Zoo Mini Kemaman dirasmi dan dibuka kepada orangramai, penulis bersama keluarga dan jiran telah berkunjung ke Zoo Mini Kemaman. Anak-anak begitu teruja untuk segera sampai.

Dari Bandar Chukai, perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit, dan dari jauh sudah nampak deretan kenderaan berhampiran Zoo Mini Kemaman. Berpusu-pusu orangramai yang ingin melihat Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman.

Hari itu, memang ramai yang berkunjung ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, kebetulan pula hari Jumaat. Setibanya di pintu masuk, penulis lihat ramai sekali berebut-rebut dan beratur. Penulis tertanya-tanya, tercari-cari kaunter tiket, tercari-cari laluan masuk.

Penulis agak terperanjat apabila orang ramai berkerumun di pintu masuk, beratur sampai 5 lorong untuk membeli tiket sedangkan kaunter tiket yang beroperasi hanya satu. Masing-masing bising dan bersungut tak habis-habis.

Masa yang diambil untuk mendapatkan tiket dalam keadaan yang sangat tidak teratur menyebabkan ramai yang menghabiskan masa di pintu masuk. Suasana panas, tempat yang sempit, orang yang ramai menyesakkan lagi keadaan.

Alangkah baik jika Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengambil inisiatif membuka kaunter tiket prabayar di Casa Limbong atau di Kompleks Centre Point. Orang ramai boleh membeli tiket awal, dan orang ramai tidak perlu berebut-rebut untuk membeli tiket di pintu masuk Zoo Mini Kemaman.
Famili penulis yang berkunjung ke Zoo Mini Kemaman


Bersambung....

0 comments: