Seronok ke Pergi Zoo Mini Kemaman?
>> Thursday, April 23, 2009
Di pintu masuk, dalam keadaan yang bersesak-sesak lelaki-perempuan, tua-muda, kecik-besar, penulis tercari-cari senarai harga tiket. Di kaunter tiket, penulis terlihat senarai harga tiket. Rupa-rupanya, harga promosi untuk dewasa ialah RM5 manakala untuk kanak-kanak RM3. Penulis tidak kisah sangat dengan harga tiket kerana kunjungan kali pertama, kita memang mengharapkan bayarannya setimpal dengan tawaran yang diberikan.
Pada penulis, harga tiket RM5 bolehlah dikira berbaloi kerana Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman baru sahaja dibuka, dan banyak lagi yang perlu dibuat untuk menarik pengunjung.
Jika harga tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, tidak ramai yang akan membuat kunjungan ulangan atau akan kembali lagi ke Zoo Mini Kemaman.
Ramai yang ingin melihat Orang Utan, Zirafah, harimau, singa, kudang belang dan juga gajah. Penulis dapati tidak ada pengunjung yang berhenti untuk melihat burung kasawari, masng-masing terus ke Taman Rekreasi.
Bersambung.....
0 comments:
Post a Comment