Taman Burung

>> Sunday, May 3, 2009

Selain jambatan gantung, tarikan lain yang terdapat di Mini Zoo Kemaman ialah taman buah-buahan, taman herba semulajadi, taman tumbuhan tropika, taman orkid, taman bonsai, pelbagai jenis burung, dan habitat semulajadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.

Setiap hari sejak dibuka kepada orangramai, Mini Zoo Kemaman terus menerima kunjungan, terutama dari luar Terengganu.

Penulis akan kembali semula ke Mini Zoo Kemaman dalam masa terdekat untuk melihat perubahan dan tarikan lain yang penulis terlepas pandang dalam lawatan kali pertama tempohari.
BURUNG kakak tua antara tarikan di Mini Zoo Kemaman.

0 comments: