KEUNIKAN ZOO MINI KEMAMAN

>> Friday, April 24, 2009

Di Terengganu yang terkenal dengan produk kraftangan seperti songket dan tembaga, keindahan pantai yang memutih, budaya yang menarik tidak mempunyai sebuah zoo yang bertaraf Zoo Negeri.

Dengan terbinanya Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, ianya boleh menjadi tarikan baru pelancong ke negeri Terengganu. Akan tetapi usaha untuk menarik pelancong dalam dan luar Terengganu, bukan sesuatu yang mudah. Standard Zoo Mini Kemaman perlu diletakkan hampir sama taraf dengan Zoo Melaka atau Zoo Taiping.

Kita tidak mahu Zoo Mini Kemaman tidak menjadi salah satu produk menarik di Negeri Terengganu lantaran tiada yang yang 'menarik dan unik' di Zoo Mini Kemaman selain Taman Tema Air yang menjadi tarikan kanak-kanak untuk mandi-manda di situ. Ketiadaan spesis istimewa seperti gajah, zirafah, zebra, badak, harimau atau singa, yang jarang dilihat oleh generasi baru pada hari ini,akan meletakkan Zoo Mini Kemaman pada suatu hari nanti akan menjadi sebuah Zoo Mini Terbiar.

Semoga perkara ini tidak terjadi. Justeru itu, pelbagai usaha perlu dipertingkatkan, samada dari segi prasarana, keunikan haiwan, kebersihan, kepelbagaian aktiviti dan sebagainya boleh menjadi tarikan kuat untuk mengunjungi Zoo Mini Kemaman.

Penulis lihat, kebanyakan pengunjung tertumpu di Taman Tema Air,walaupun tidak sehebat di lain-lain tempat, setidak-tidaknya ada akiviti yang berjaya mencuri perhatian pengunjung terutama kanak-kanak.

Penulis percaya, sekiranya tiada Taman Rekreasi atau Taman Tema Air ini, Zoo Mini Kemaman tidak mempunyai daya tarikan untuk menarik pengunjung.

Pihak MPK juga seharusnya mempertingkatkan lagi kempen menjaga kebersihan di Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman supaya tidak menjadi pusat buangan sampah. Kesedaran menjaga kebersihan perlu menjadi keutamaan.
MAIN AIR...Kanak-kanak leka bermain air.



Bersambung....

0 comments: