Kalau Singgah di Kemaman

>> Tuesday, May 5, 2009

Kemaman, daerah yang terletak bersempadan dengan Negeri Pahang pada hari ini merupakan sebuah daerah yang sedang pesat membangun. Mini Zoo Kemaman antara tarikan terbaru di daerah Kemaman, dan sebelum ini ramai yang sudah biasa datang ke Kemaman.

Antara mercu tanda yang popular di Kemaman ialah Masjid Geliga, yang diistiharkan sebagai Masjid Pelancongan Negeri Terengganu. Rata-rata bagi mereka sering menggunakan jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pasti melalui dan singgah di Masjid Besar Geliga.

Di daerah ini juga, terkenal dengan deretan gerai menjual pelbagai jenis hasil laut seperti keropok lekor, kerepok keping, satong, satar dan juga otak-otak.

Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ramai sekali para pelancong dalam dan luar Terengganu datang ke Kemaman semata-mata mahu menikmati makanan trasional seperti otak-otak, ikan celup tepung dan juga nasi dagang.

Ramai yang tidak tahu, keropok lain dari yang lain, aneh dan pelik terdapat di daerah Kemaman, iaitu keropok celup tepung. Citarasa juga berlainan dan amat popular di daerah ini.
Keropok Celup Tepung...hmmm sedap

Jika anda datang atau singgah di daerah Kemaman, jangan lupa makan keropok celup tepung.

0 comments: