MINI ZOO KEMAMAN JADI TUMPUAN MUSIM CUTI SEKOLAH

>> Wednesday, May 13, 2009

Tidak lama lagi, cuti pertengahan penggal persekolahan akan tiba. Zoo Mini Kemaman pasti menjadi pilihan ramai, terutamanya pada hujung minggu untuk membawa keluarga berekreasi atau beriadah sambil menikmati alam semulajadi di Bukit Takal.

Di daerah Kemaman, selain Mini Zoo, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan, seperti Pantai Marina, Pantai Teluk Mak Nik dan Pantai Kemasik.

Keindahan pantai dan pasir putih yang memagari pantai, menjadi pilihan ramai ibubapa. di sempadan Terengganu-Pahang, seperti Pantai Cendor menjadi tumpuan warga Kemaman, terutama pada hari Jumaat dan Sabtu, selain pada musim cuti.

0 comments: