PERASMIAN TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN

>> Tuesday, April 14, 2009

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman menjadi pilihan kepada masyarakat untuk menikmati pelbagai aktiviti rekreasi di hujung minggu atau pada hari-hari cuti. Selian daripadaitu, produk pelancongan terbaru Negeri Terengganu ini akan menjadi tarikan utama para pelancong ke Daerah Kemaman dan ianya mampu memberikan keseronokan dan pengalaman baru kepada pelancong atau pengunjung.
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman letaknya di Kampung Ibok, kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, Kemaman. Taman ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Sekiranya dari Bandar Cukai, jalan yang boleh dihubungi iaitu Jalan Mak Chili – Ibok manakala Jalan Kerteh- Ibok boleh disusuri sekiranya datang dari Kuala Terengganu. Keluasan taman ini adalah 35 ekar pada peringkat fasa satu manakala fasa dua meliputi 20 ekar bagi pembangunan akan datang.

Ianya akan dirasmikan pada 11 April 2009 oleh YAB. Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dan akan dibuka untuk orang ramai pada keesokannya iaitu 12 April 2009.

0 comments: